THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, April 11, 2009

Kenangan Terakhir..~


Aku mendongak perlahan.Langit kelihatan sangat kelam.Sekelam hatiku ketika ini.Apakah langit juga dapat membaca perasaan ku yang kini amat bercelaru?Aku tunduk perlahan.Angin petang membelai wajahku lembut seakan membisikkan sesuatu kepadaku tetapi aku tidak dapat memahaminya.
Angin..?Aku mendongak memandang langit yang mula membawa awan mendung.
Masih terbayang di mataku bagaimana Elly berlari-lari dibawah langit yang membiru berharap layang-layangnya akan terbang.Aku hanya memerhati adik ku yang berusia sepuluh tahun itu sambil tersenyum manis.
Elly tersungkur sebiji batu tanpa disedari oleh ku lalu terjatuh.Buat seketika Elly tergamam dan kemudian dia bangun perlahan dengan sedikit menggesot.Aku pantas berlari kearahnya lalu duduk dihadapannya sambil memandang cemas lututnya yang berdarah dan wajahnya yang mula melukiskan perasaan sakit.Aku mula menjangkakan bahawa Elyy akan menitiskan airmatanya dalam masa yang singkat.Tekaan ku ternyata benar apabila Elly teresak-esak menahan kesakitan dihadapanku dalam sekelip mata.Aku mula memujuknya dengan kata-kata yang manis walaupun aku tahu ianya tidak akan dapat melegakan kesakitannya.
Masih tenggelam dengan tangisan,Elly menunjuk ke arah layang-layangnya yang tidak aku pedulikan sejak sepuluh saat yang lalu.Rupanya Elly meminta aku mengambil layang-layangnya.Aku mengutip layang-layang itu perlahan.Elly senyum dan bangun tanpa dibantu oleh sesiapa.Dia mengajakku dan memimpin ku seolah-olah aku pula yang terjatuh tadi.
Jeritan anak jiran yang bermain menyentap lamunanku.Aku menggelengkan kepalaku.Angin masih bermain wajahku tanpa dapat dihalang.Apakah hari mahu hujan?
Aku masih teringat,beberapa tahun yang lepas,Elly dan aku mandi hujan di halaman tanpa menghiraukan teriakan ibu menyuruh kami masuk ke dalam rumah.Elly melompat-lompat dan rambutnya yang ikal turut mengikuti langkahnya dan tanpa sengaja menyapu wajahku lembut.
Pada ketika itu,keceriaan jelas terukir diwajahnya seolah-olah Elly tidak pernah mandi sebelum ini.Aku hanya tumpang gembira melihat adik ku satu-satunya gembira.
Aku tersentak kecil.Kucing di pahaku mengiau lembut.Bila masa kucing peliharaanku ini datang, tidak pula aku sedari.Aku mengusap bulu kucing peliharaan ku dan Elly lembut.Kucing...
Elly amat sukakan kucing, dan kucing juga seakan sukakannya.Apabila dia mengusap seekor kucing, seakan ada daya tarikan dan kucing itu pasti akan mengikutnya ke mana sahaja.Kasih Elly juga mudah tumpah buat binatang manja itu.Dia jugalah yang memaksa ibu dan bapa ku agar membela kucing di rumah.Aku agak hairan mengapa dia berbuat begitu kerana sebelum ini tidak pula dia pernah meminta untuk membela binatang peliharaan dan apabila mereka bersetuju, Elly pantas membawa keluar seekor anak kucing dari beg sekolahnya membuatkan ibu bapaku malah aku tergamam seketika.Kemudian aku tersenyum kecil melihat Elly ketawa.
Lamunan ku hancur.Kucing peliharaanku menyapu wajahku lembut dengan ekornya dengan pandangan mata menegur apabila aku berhenti mengusap bulunya.Aku kembali mengusap bulunya tanpa sebarang perasaan.Kucing peliharaan ku yang bernama Kiki memandang aku dengan matanya yang bercahaya galak.Aku membalas renungan matanya.
Mata..?
Elly juga mempunyai mata yang menawan.Matanya berwarna coklat cair dan dipagari oleh bulu matanya yang lentik.Apabila dia tersenyum atau ketawa, matanya akan tertutup.Matanya amat dikagumi ramai.Sememangnya matanya amat cantik.
Bunyi kenderaan nun di kejauhan menyentap lamunanku.Aku menggelengkan kepalaku.Ah mengelamun lagi!.Aku tahu sebentar lagi pasti ada kenderaan lalu di hadapan kawasan perumahanku yang sempit.Aku tunduk.
Elly menarik pergelangan tanganku.Alu berjalan terlatih-latih.Dia menggesaku supaya menemaninya ke kedai.Saat aku menyarung selipar,Elly sudah pun berada di jalan raya.Belum sempat aku menegah, entah dari mana, muncul pula sebuah kereta yang dipandu bagai orang mabuk melanggar tiang dan melanggar Elly yang tergamam tidak jauh dari situ.Ianya cukup pantas dan cukup untuk membuatkan aku terkaku di situ.Apa yang aku tahu ialah kemudian ialah tubuh Elly terbaring di jalan raya bermandian darah pekat.
Ramai jiran-jiran ku mula berlarian ke arah Elly.Aku terduduk.Nama Allah meniti di bibirku. Ibu berlari keluar apabila mendengar dentuman kerana kereta tadi melanggar pokok.Aku memegang kepalaku.Satu kesakitan menyerang kepalaku membuatkan aku menjerit kesakitan. Kepalaku seakan hampir pecah kerana kesakitan mengejut ini.
Aku memicit kepala.Kesakitan ini akan terus menyerangku dan mengganguku apabila kotak ingatan ku memutarkan masa dan kembali kepada kejadian tiga hari lalu.Namun ianya tidak seberapa jika dibandingkan dengan kesakitan hatiku apabila melihat keranda Elly diusung ke tanah perkuburan.
Hujan mula turun membasahi bumi.Aku bangun dan berjalan ke halaman rumah.Aku membiarkan sahaja diriku dibasahi hujan.Kenangan ku bersama Elly tidak akan luput.Biarpun seratus tahun lagi.Kerana dialah adikku..satu-satunya adikku.Adikku yang sangat aku kasihi.
Suara Elly masih terniang-niang di telinga ku.Gelak tawanya, senyumannya, segala-galanya tentang Elly akan ku ingati sepanjang hayatku.
Hanya satu harapan ku, Elly akan tenang di sana..setenang perasaanku apabila mengingat kembali semua kenanganku bersamanya...
-End..im not sure about this..hope everyone like it!-

2 comments:

Syarfa Azra said...

ok.bagus!rse bley dpt A.

aNn NuR ~hYe CaLL said...

i give 100%..huhuhu..