THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, August 21, 2009

Puasa datang lagi!


Assalamualaikum..
Oleh sebab kini Ramadan telah tiba lagi, Chidori mestilah jaga tatasusila. Kali ini, Chidori dapat menyambut Ramadan lagi. Perasaan sangat gembira! Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadanlah yang paling Chidori suka. Kalau masa kecil suka sebab tak lama lagi akan dapat banyak duit raya and boleh pakai baju raya baru, tapi bila dah besar lainlah pula..
Banyak sebab suka bulan Ramadan sebenarnya..Bulan Ramadan memang seronok. Tersangatlah bestnya!!Kalau Chidori suka bulan November sebab harijadi Chidori, bulan Ramadan pun sama..Suka sangat. Bukan sebab harijadi atau apa-apalah tetapi memang seronok..
Teringat pula masa kecil-kecil bila mula-mula belajar puasa..Ibu kata, masa pagi-pagi memang semangat pergi belajar dan semuanya tapi bila petang tahu baring aja sebab penat and terlalu lapar..Teringat pula kisah masa darjah tiga.Masa tu tengah semangat berpuasa. Tenaga banyak biarpun lapar..
Petang tu jam dah pun pukul enam tepat..
Sebab terlampau banyak tenaga, ingat nak aktif sikit sebelum buka puasa. Beria-ria pujuk ibu supaya bagi kebenaran nak main basikal kat luar rumah sebab dah bosan menunggu azan Maghrib.
Ibu tak bagi takut penat. Tapi degil!Nak juga..Akhirnya, ibu bagilah juga..
Melompat Chidori pergi main basikal yang kecil aja. Baru kayuh basikal dua kali, dah penat semacam. Masa tu macam nak nangis nak berbuka puasa. Pujuk ibu supaya buat air Milo, akhirnya, tepat pukul enam lima belas minit, berbuka puasalah Chidori pada petang itu..Sayang betul.Patut Chidori sabar aja..Tapi tu masa kecil, apa pun tak taw lagi!
Tapi tak mungkin lah Chidori nak buat macam tu lagi bila dah besar-besar nie kan? Mungkin ker? Kalau buat, memang memalukan betul! Apa-apa pun,
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA CHIDORI UCAPKAN!
semoga apa sahaja yang kita lakukan di bulan ini mendapat berkat, Amin!

Monday, August 10, 2009

Demam!


Moshi2!!Sekarang ni sedang musim demam dan saya juga tak terkecuali dari demam. Tak minat lah demam tiba-tiba macam ni! Pening betul kepala. Sakit tekak. Rasanya dah dekat dua hari tak makan nasi. Asyik makan roti aja sebab tekak terlalu sakit. Nasiblah! -mengeluh-
Tapi hari ni dah baik sikit. (sikit aja) Tapi tak mengapalah..Nak buat macamana kalau memand nak demam..-laugh-. Ouch!Sakitnya tekak! -nangis2-