THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, May 28, 2010

Chidori's Silly Story..~


Konbawa minna san!
Mosh mosh..
It's been a while. Dah dekat dua minggu Chidori tak update blog. Tapi ada sebab tau.
At this moment Chidori is fighting an evil aura called 'THE MIDYEAR EXAM'


"..I'll send you to where ur belong, MidYear Exam!"

Memanglah tak macam tu gaya hidup Chidori tapi tu cuma hint jer. Anyway, semalam hari Khamis. Chidori baru je selesai ambil kertas Science(2), Perdagangan(1) and Ekonomi Asas(1). Sekolah Chidori memang balik awal setiap kali exam. Bukan awal sangat pun..
Tapi pada hari Khamis (yesterday), loceng bunyi pukul 1:40 pm. So Chidori pun kemas beg and ready untuk balik. Bila Chidori tengok kat dewan, ada majlis persaraan guru dijalankan.
Majlis tu untuk Pn Pang. Cikgu Science Chidori masa form 1. Sebab Chidori tak terlibat dengan majlis tu, Chidori pun dengan selambanyer pergi call Okka san and minta Okka san tunggu Chidori kat tempat biasa.
Masa tu, Qieylafie datang kat Chidori. "Jangan call mak kau lagi! Kita tak boleh keluar. Mak Cik guard tahan. Tak ada siapa boleh keluar"
But it's too late. Chidori dah pun call Okka san. So, Chidori mintak Okka san keluar lambat sikit dari pejabat. Dalam pukul 1:50 baru keluar supaya Chidori ada masa untuk fikir cara nak keluar dari sekolah.
Ramai budak-budak sekolah Chidori da mula naik marah sebab tak dibenarkan keluar. Sepatutnya kitaorang memang dapat keluar sebab kitaorang tak terlibat dengan Majlis Persaraan tu.
So ramai yang nak keluar termasuklah Chidori. Qieylafie datang lagi and bagi idea supaya Kitaorang cabut lari kat pintu belakang. Masa Chidori tengah fikir, Qieylafie dah pun lari. So Chidori pun joinlah dengan penuh semangat bila tengok Fatin dengan Syaizatul berlari keluar sekali.
And then..kitaorang dengar bunyi suara orang menjerit "Oii!!"
Rupa-rupanya Mak Cik Guard tu tahu kitaorang nak keluar ikut ikut belakang. Fatin pun suruh kitaorang semua lari laju-laju. Chidori pun teruslah berlari macam tak cukup tanah. Ibaratnya ada harimau belang tengah kejar kitaorang.
Sambil lari kitaorang gelak. Sebab tulah sampai tak cukup nafas.
Panik tu memanglah.
Rasa nak menjerit sebab panik tapi, sebab kaki dah ambil alih semua tenaga yang Chidori simpan untuk menjerit, terpaksalah diam aja.
Lepas tu, Chidori join dengan Qieylafie and the others. Chidori beritahu yang Mak Cik Guard tu kejar kitaorang and semua bantai gelak. Tapi kitaorang gelak tak lama...
Bila kitaorang sampai dekat sekolah(Chidori tunggu Okka san dekat dengan sekolah), kitaorang tengok pintu pagar dah pun dibuka untuk budak-budak yang baru habis jawab exam, keluar.
Fatin no tomodachi cakap "Beria betul korang berlari keluar" Menyindir nampak!
And Chidori bersama Qieylafie terkebil-kebil macam budak blurr bila tengok pintu pagar biru tu terbuka luas.
Kalau lah kitaorang tunggu sekejap saja lagi tadi.
Chidori yang tengah termengah-mengah tu tanya Qieylafie "Kau rasa berbaloi tak kita berlari tadi?" (Chidori guna perkataan 'kita' sebab tadi Qieylafie pun berlari gak cuma tak serentak dengan Chidori jer)
"Tak!"jawab Qieylafie sambil kipas badan dia guna tangan-panas!
Dan kitaorang pun teruslah terkebil-kebil kat situ lepas buang tenaga sia-sia. Kitaorang kena pusing satu jalan besar semata-mata nak keluar dari sekolah and bila kitaorang sampai, we saw a nightmare! Not fair at all!!
Dalam kereta Chidori story dari A until Z pada Okka san. Okka san pun gelak sikit and kata "Tu lah. Kalau sabar sikit je tadi tak payah penat sangat.."
Then, Chidori pun completely lost the words..
And I'm trapped with my silly story! Unfair! So unfair! This is too unfair!

0 comments: