THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES �

Friday, August 21, 2009

Puasa datang lagi!


Assalamualaikum..
Oleh sebab kini Ramadan telah tiba lagi, Chidori mestilah jaga tatasusila. Kali ini, Chidori dapat menyambut Ramadan lagi. Perasaan sangat gembira! Dalam banyak-banyak bulan, bulan Ramadanlah yang paling Chidori suka. Kalau masa kecil suka sebab tak lama lagi akan dapat banyak duit raya and boleh pakai baju raya baru, tapi bila dah besar lainlah pula..
Banyak sebab suka bulan Ramadan sebenarnya..Bulan Ramadan memang seronok. Tersangatlah bestnya!!Kalau Chidori suka bulan November sebab harijadi Chidori, bulan Ramadan pun sama..Suka sangat. Bukan sebab harijadi atau apa-apalah tetapi memang seronok..
Teringat pula masa kecil-kecil bila mula-mula belajar puasa..Ibu kata, masa pagi-pagi memang semangat pergi belajar dan semuanya tapi bila petang tahu baring aja sebab penat and terlalu lapar..Teringat pula kisah masa darjah tiga.Masa tu tengah semangat berpuasa. Tenaga banyak biarpun lapar..
Petang tu jam dah pun pukul enam tepat..
Sebab terlampau banyak tenaga, ingat nak aktif sikit sebelum buka puasa. Beria-ria pujuk ibu supaya bagi kebenaran nak main basikal kat luar rumah sebab dah bosan menunggu azan Maghrib.
Ibu tak bagi takut penat. Tapi degil!Nak juga..Akhirnya, ibu bagilah juga..
Melompat Chidori pergi main basikal yang kecil aja. Baru kayuh basikal dua kali, dah penat semacam. Masa tu macam nak nangis nak berbuka puasa. Pujuk ibu supaya buat air Milo, akhirnya, tepat pukul enam lima belas minit, berbuka puasalah Chidori pada petang itu..Sayang betul.Patut Chidori sabar aja..Tapi tu masa kecil, apa pun tak taw lagi!
Tapi tak mungkin lah Chidori nak buat macam tu lagi bila dah besar-besar nie kan? Mungkin ker? Kalau buat, memang memalukan betul! Apa-apa pun,
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA CHIDORI UCAPKAN!
semoga apa sahaja yang kita lakukan di bulan ini mendapat berkat, Amin!

Monday, August 10, 2009

Demam!


Moshi2!!Sekarang ni sedang musim demam dan saya juga tak terkecuali dari demam. Tak minat lah demam tiba-tiba macam ni! Pening betul kepala. Sakit tekak. Rasanya dah dekat dua hari tak makan nasi. Asyik makan roti aja sebab tekak terlalu sakit. Nasiblah! -mengeluh-
Tapi hari ni dah baik sikit. (sikit aja) Tapi tak mengapalah..Nak buat macamana kalau memand nak demam..-laugh-. Ouch!Sakitnya tekak! -nangis2-

Saturday, July 25, 2009

Darah Si Rembulan!!

Moshi moshi!!

So..seperti yang ditulis sebelum ini,saya nak beli hadiah untuk diri sendiri.Dan saya dah pun beli!Tapi nampaknya berlaku salah faham dan ibu pulak yang belanja buku tu..-suka sebenarnyer-
Dapat beli dua buah buku pulak tu-makin suka-Ingat nak beli satu aja..tapi nak buat macammana kalau dah rezeki..-buat muka polos-Saya tak bersalah..-gelak jahat-
First book!



Darah si rembulan!(Bukan darah sang rembulan!salah pula)Volume satu.Daripada 10 star saya bagi 9 star!Very nice!Kalau nak taw cerita pasal aper,belilah sendiri ya!



Darah Si Rembulan Epilog!
Also super nice.9 out of 10!Almost perfect!!Very2 nice!And again!Silalah beli sendiri kalau nak tahu..

Friday, July 24, 2009

Comics!!!



Konichiwa minn!!Again,saya dah lama tak update blog..Gomen nasai!!Tersangatlah busy dengan exam yang melampau..Baru aja lepas exam bulan Julai seminggu.Memang tahap dewalah!Terutama sekali Prinsip Perakaunan!
Bila dah habis exam,tak salah kalau bagi hadiah pada diri sendiri.So pada kali ini..-sama seperti sebelumnya-saya pilih untuk bagi hadiah komik untuk diri saya sendiri..-saya dah merenung buku tu dua bulan sebelum exam bermula-
Darah sang rembulan!!Volume 1!
Mesti beli!!Untuk pembacaan yang bijak!!Haha!!
Yosh!!Esok mesti beli buku tu!Ganbatte Chidori chan!!!

Thursday, July 16, 2009

Hari Keluarga!

Maaf sebab dah lama tak update blog.Busy yang tersangatlah menggangu!Anyaway..esok ialah hari Sabtu.Baru tahu yang esok ialah hari keluarga untuk pejabat ibu.Kat cherating.
Peliknya..Kenapa buat masa musim sekolah.Kenapa tak buat cuti sekolah lepas agaknya yer?Hmm..Nak pergi hotel Legend.Owh!Harap-harap hotel yang best!Huhu!Tiba-tiba terasa sangat exited pulak.
Alamak!Lupa pula!Hari Isnin minggu depan ada ujian bulan Julai!Sepatutnya saya study hari tu!Wah!Menakutkan!

Saturday, June 27, 2009

All the cute guys that I know!Here we go!

Konichiwa minna guys!Tonight,sambil melayan mata yang tak boleh tidur,saya update blog demi membuang masa.-laugh softly-So,lepas lima minit mencari topik,akhirnya jumpa juga-laugh softly again n blinks twice-
First picture!Here we go!


-Lord Wolfram Von Bielefelt- -God Save Our King Or Kyou Kara Maou!-Kawai!Kawai!

Next,


-Sasuke Uchiha- -Naruto!- -Semua mesti taw anime ni kan?- He is so cute..-faints-

Ehem..Let's carry on shall we..next,


-Train Heartnett- -Black Cat- Owh please..everyone know hes super gorgeous!
Lets move on!


-Nuriko san!- -Curious Play- It bring's tears to my eyes..Next please!


-Natsume Hyuga- -Alice Academy or Gokusen Alice- Again with the kuro neko!Yay!
-laugh-Next!


-Gaara of The Desert- -Again Naruto- He's cute!



-tunduk hormat-that's all..banyak lagi sebenarnya..Nanti sambung lagi!Oyasumi nasai guys!This is my fav pic anyway!Heh!

Friday, June 26, 2009

Fuh-luh!

Sekolah dah bermula.So its means that..I have to go back to school.But its okay..dah mula rindu sekolah.Sebenarnyer sekolah dah start dua minggu lepas tapi lupa plak nk update blog sbb busy sangat!he2..-tunduk hormat-sowry guys!
Result exam dah keluar.Rasa macam tak best aja bila ingat pasal tu.Keputusan tu bukanlah teruk sangat..tapi memang tak nak ingat lah!Haha..
Dalam dua minggu ni macam-macam pulak yang jadi.Terubat semua rasa rindu pada sekolah-peluk dinding sekolah-Semalam hari pelanggan.So memang rileks habislah kat sekolah.Belajar Add Math ajer.-glak jahat-