THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya!




Assalamualaikum!
Moshi moshi! Konichiwa minna!
Pada hari ini, semua orang sedang bergembira menyambut 1 Syawal. Samalah juga dengan Chidori.
Apa yang seronok pasal hari raya agaknya..?hm..duit raya..maybe?Hehehe..
Semalam, Chidori tolong ibu memasak kat dapur sepanjang hari. Masak rendang daging, ketupat and kuah kacang. Bukanlah Chidori tolong sangat. Tolong potong-potong aja.. (Kantoi pula)
Along and abah pun tolong juga. Memang penat sebab puasa kan..Tapi berbaloi sebab hasilnya sedap sangat. So Chidori tak kisah sangat.
Semua masakan tu dah habis sebab ramai sangat orang datang beraya. Serious! Sekarang ibu tengah masak rendang ayam pula. Ibu bimbang kalau tetamu nak datang tak ada apa-apa nak makan.
Seronok bila ramai sepupu sepapat yang datang. Bukan senang nak berkumpul ramai-ramai macam ni..So mari kita enjoy ramai-ramai.
No more sadness!
SELAMAT HARI RAYA CHIDORI UCAPKAN!!

Tuesday, September 15, 2009

Video yang Mendapat Nombor yang Paling Tertinggi dalam Carta Hati Chidori pada Masa ini!


Konbawa Minna!!
Today, Chidori akan tunjukkan video yang Chidori sangat suka(buat masa ni)
Enjoy!!
Ada pula extra temubual dengan ahli kumpulan SID!
Lagu ni memang sweetz!
Chidori dengar first time pun dah rasa sweetz sangat-sangat!
Lagu ini bertajuk USO bermaksud PENIPUAN ATAUPUN BOHONG!
Dalam anime Fullmetal Alchemist Brotherhood, lagu ni dah menjadi theme song.
Sama macam ceritanya,lagunya juga best!


video

Persiapan Raya!



Assalamualaikum!
Konichiwa Minna!!
Pada Sabtu lepas, Chidori dah pun menghabiskan masa seharian mencari baju raya. Seharian ambil masa untuk shooping semua baju yang diperlukan. Semuanya tiga pasang helai baju and sepasang sandal. Sebenarnya Ibu and Abah suruh Chidori pilih lagi banyak baju tapi Chidori dengan along ni memand jenis susah sikit bab-bab nak shooping ni.
So tiga pasang pun dah cukuplah...
Baju kurung lagilah Chidori malas nak beli. Pakai sekejap saja and then terus tukar baju biasa. Huhuhu. Kalau cam ni baik pakai baju sekolah aja masa hari raya..-gelak-
Warna baju yang Chidori beli ialah:
1-Hitam!(Ibu sedih sebab Chidori pilih baju warna hitam. Macam burung gagak katanya)
2-Biru!
3-Pink!(Ibu senyum aja sebab berjaya beli baju yang warna selain daripada warna hitam untuk Chidori)
Sandal pula warna..Purple!(Salah satu warna kesukaan Chidori)
Seharian berjalan. Sakit kaki! Tapi berbaloi! So, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI CHIDORI UCAPKAN! MAAF ZAHIR DAN BATIN!^-^

Saturday, September 5, 2009

Hadiah dari abah!


Assalamualaikum!
Moshi moshi!
Konbawa!!
Hari ini, Abah bawa balik banyak hadiah dari pejabatnya. Well Abah beli sebenarnya. Kadang-kadang Abah bawa balik hadiah so Chidori biasanya dapat hadiah daripada Abah kalau ada rezeki..
Hadiah pertama!



Money clipper!
Ada tiga warna. Hitam, hijau dan pink!
Cantikkan?



Hitam along punya.



Hijau pula ibu punya!



Pink pula Chidori punya!

Seterusnya ialah hadiah kedua yang Abah berikan!



Purfume One Drop!
Biasanya Chidori cuma dengar aja orang pakai purfume ni tapi kali ni Abah beli pula. Syoknya! Yeah!Yeah!
Nak pakai pada pagi rayalah! Thanks Abah! Sayang Abah! Yeah! Yeah!

Makanan yang sedap ketika berbuka puasa!


Assalamualaikum!
Moshi moshi!
Sepanjang bulan puasa, macam-macam juadah yang istimewa yang Chidori dah makan masa nak buka puasa. Memang seronok dan sedap. Masa bulan puasa memang penuh dengan juadah yang sedap-sedap.
Ini antara juadah yang Chidori dapat ingat Chidori makan sepanjang bulan puasa..
1-Nasi lemak. (Nasi lemak ibu memang sedap betul! Rasa nak melompat rasanya!)
2-Nasi minyak!(Sedap sangat!)
3-Ayam percik.(Tabik spring dekat ibu and ayam tu sekali. Opss tak lupa pada abah yang tolong masak!)
Hari ini, ibu masak sotong sumbat! Cepatlah masa! Cepatlah sotong masak! Chidorii dah tak sabar!
Bila lepas berbuka puasa, Chidori ambil alih tugas basuh pinggan and kemas meja. Banyak juga pingan nak basuh..Okay lah..
Anyway, sebab hari ni panas sangat, Chidori rasa nak makan aiskrim lah pulak. Tapi lepas berbuka nanti, mesti dah hilang rasa teringin tu..Entahlah.. Nak makan ke tak nak, nak makan ke tak nak..


Nyum nyum! Sedapnya. Tapi tak sampai hati pula..comel sangat!


Nampak comel bila warna-warni kan?


wah! Menara aiskrim!!


comelnya! Cake sunflower! sayang nak makan..tengok gambar aja lah..


sedap dan comel!!

Harap-harap dapat makan semua juadah yang sedap bila berbuka nanti! Amin!