THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, July 6, 2010

An Update for Whole Two Weeks!


Konichiwa!
Mosh mosh minna san!
Dah dua minggu Chidori tak update blog. Chidori busy sepanjang minggu. Boleh dikatakan dalam dua minggu ni, macam-macam dah jadi. Macam naik roler coster pulak. Sekejap gembira, pastu takut pulak, and then gelabah, next penat also lots of others lah.
Biar Chidori story apa yang dah berlaku sepanjang dua minggu ini! Chiang!

Hari pertama sekolah,Isnin (28/Jun/2010)


Kelas Chidori dah dipilih oleh Puan Fatimah (Our homeroom teacher),untuk buat sketsa. Skrip, dialog, bahan-bahan, semuanya dah ada. Kitaorang cuma perlu bergerak saja. Bahan-bahan dah pun disiap sediakan by Chidori, Ainun, Harukichi, Safy and Syarifah. Kitaorang berlakon satu sketsa yang bertajuk 'Kerjasama'. Agak menggelabah jugaklah classmate Chidori. Semuanya ketakutan.
Chidori pulak agak takut walaupun Chidori takkan tunjuk muka sebab, Chidori akan jadi MC untuk sketsa tu. Means, cuma suara Chidori je yang akan berkumandang. Hehe.
Masa on stage, adalah lawak yang berlaku such as,
1-Safy terjatuhkan payung yang dah Pn Fatimah ikat pada meja
2-Kertas yang Chidori pegang melayang ke lantai sampai Chidori kena tunduk pulak untuk amik kertas tu.
3-Yang Chidori rasa paling unlogical ialah bila Shieadefu ketawa masa sebut dialog dia sampai Pn Fatimah yang kat sebelah lagi in additional, Nana (prefect yang nakal) gelak separuh mati.
Nasib baik Chidori tak ketawa bergolek kat situ. Tapi, Chidori tetap ketawa sambil tutup mulut guna tudung. Tak nak bagi suara ketawa tu bergema kat mikrofon pulak.
But overall, everything goes and ends well!

Hari Rabu (30/Jun/2010)
Chidori dah ditakdirkan sejak azali lagi untuk pergi ke stadium yang tak jauh sangat dari sekolah Chidori untuk Pra Sukantara. Misinya cuma satu, kumpul sebanyak mata untuk rumah sukan Chidori that is, Rea(Biru of course). Macam sekolah lain, ada empat warna yang melambangkan rumah sukan kat sekolah Chidori. And that is..
1-Olson (Merah)
2-Rea (Biru) (All hail Rea! Rea!)
3-Schleman (Kuning)
4-Creaven (Hijau)
Semua nama0-nama rumah sukan ni diambil dari nama pengetua terawal sekolah Chidori.
And so, petang tu, Chidori 'diiringi' lima orang classmate, pergilah ke Stadium dengan perasaan yang totally flat. Itupun sampai lambat. Cuaca panas, siapa yang semangat nak bersukan.
Tapi sebab niey final year, kitaorang just go with the flow lah.
Sesampai je kat sana, Chidori dihidangkan dengan 'santapan' fizikal yang sangat 'enak' that is, lumba lari seramai lapan orang. Jaraknya, 200 meter.
Acara yang Chidori paling tak minat.
Masa tengok tomodachi lari, sempat jugak Chidori bersorak. "Run for Rea!"
Statement baru tu! All from Chidori.
Tak lama lepas tu, sampailah turn Chidori. Chidori pun pergilah get ready kat garisan. Sebab kitaorang berlari ikut urutan kelas, Chidori dapatlah berlari dengan classmate. Semuanya berjanji separuh mati untuk lari sama-sama. Tapi Chidori dah tahu tu semua tipu aja. So baik jangan janji apa-apa.
Chidori lari dengan baik dan lajunya, tapi masa Chidori almost nak dapat nombor dua, tudung Chidori bergerak dari asalnya, Chidori on the spot berhenti and betulkan tudung.
Masa tu lah, Chidori nampak Ainun berlari sambil pegang baju and menjerit "AAAA!"
The only thought in my mind at the moment is, "Apa hal pulak dia ni?"
At the end, Chidori dapat nombor tiga. Okaylah kut.
Acara lompat jauh pulak, dapat 0 markah terus. Rasa macam Nobita pulak.

Hari Khamis (1/July 2010)
Hari Khamis, kitaorang betul-betulenjoy.Hari Koperasi dan Hari Koko dijalankan serentak. Seharian kitaorang habiskan masa berseronok. Setiap kelas organized satu atau lebih gerai untuk my schoolmate shooping. Hari Koperasilah katakan. Berbelanja sakan.
Not only gerai but also Haunted Class, Game House and Jungle Of Hope pun dibuka. Kelas yang terbabit akan kosongkan kelas masing-masing and hias kelas diaorang. For my class only, dah ada tiga booth yang digunakan. Well, dua booth and satu car park.
Separuh dari kelas Chidori bersetuju untuk buka tempat cuci kereta. And itulah yang diaorang buat.

See? Diaorang tengah cuci kereta yang cikgu hantar. Very nice of them..

And, Alia and the others jual makanan Jepun yang bernama Onagiri.

Sangat sedap tau!


And ada jugak classmate Chidori yang bukak gerai jual makanan manis and stuff. Chidori tak berapa minat bab makanan manis ni. So Chidori pun tak beli lah..




And Chidori spend the rest of the school day with Tsukasa. Sebab Chidori tak terlibat dalam apa-apa gerai so, Chidori enjoy jer!
Hari Sabtu and Ahad lepas pun ada events yang berlaku but, entry kali niey dah terlebih panjang so, Chidori shall skip it. Chidori akan post about a weeding that happen in the weekend. Dakara, minna san, please wait with full patience! Jaa neh!

0 comments: