THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, May 4, 2011

Chidori at PWTC ^-^


Minna san~ Konbawa!!
Chidori is back! Sorry lah lama tak update blog. Ingat nak update. Nak sesangat. Tapi masanye kurang.
Okay2. So, kali ni, Chidori nak cerita psal pengalaman di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa 2011. Tepuk sket~ *patchi patchi patchi*
So, sebenarnya, cadangan untuk ke PWTC ni dah dibuat dgn tersangatlah telitinye, oleh Okka san. Mula-mulanya, satu family dah cadang untuk pergi ke KL pada date, 23-24/4/2011.
However, Chidori pulak ada rancangan tiba-tiba. Jadi tarikh terpaksa tunda. Onni tan yang tak ada dalam list untuk ke PWTC pun kena pegi jugak. Dia yang nak sebenarnye.
So, plan ke PWTC terpaksa ditunda seminggu lepas tu. That is on 30th April and 1st Mei.
Pada 30/4, Chidori dengan gembiranye bangun dan bersedia. Sampai KL pukul 2:....? pm. Lepas rehat sekejap, terus ke PWTC yang tak jauh dari hotel. Sampai aja kat sana, Chidori terus cari buku yang memang dah terlist dalam minda.
1- Next Station from Xanseviera.
Dah terlampau lama cari buku ni sampai merana satu Kuantan!
2- Aviasi Fantasi Komik-M
3- Buku Kak Ain Maisarah yang menarik dan belum dimiliki..
4-Detektif Indigo 3.
I waited for such a long time for this book.
Buku pertama yang Chidori jumpa ialah..

Aviasi Fantasi 2!
And then the next is..

Okka san yang jumpa sebenarnya~
The third one is..

Next Station from Xanseviera. Sangat susah untuk beli komik ni sampai Chidori rasa sayang nak baca~
And then, Chidori beralih ke booth yang bersinar-sinar that is, Kedai Pink Ain Maisarah. Chidori beli sebuah novel tajuk, Tak Bisa Memilihmu.
And then, Chidori pun pergi beratur untuk dapatkan singnature Kak Ain. Chidori terfikir-fikir jugak apa nak cakap nanti..
Otou san tolong amik gambar masa Chidori tengah nak tunggu Kak Ain
And then, bila sampai giliran Chidori, dengan 'ayunya' Chidori salam dengan Kak Ain. Kak Ain tanya dari mana, pernah jumpa dia tak, and pertama kali ke datang Pesta Buku.
Masa Kak Ain sign buku Chidori, dengan riang dan gembiranya, Chidori cakap. "Er..Saya pernah menulis di laman web rasmi Kak Ain."
"Oh ye ke?" Kak Ain tanya. Sebenarnya bahasa yang Kak Ain gunakan tersusun sebab dia seorang penulis, tapi bila Chidori olah balik jadi lain pulak.
Chidori angguk-angguk "Er..guna nama Chidori."
And then, Kak Ain pun terkejut. Dia kata, "Ya Allah, Chidori! Chidori rupanya!"
Kak Ain pun tepuk-tepuk pipi Chidori. Tak sangka pula, Kak Ain ingat lagi pada Chidori. Dah setahun 7 bulan tak taip apa-apa kat laman web Kak Ain.

Kak Ain is so nice to me. And so, Kak Ain tanya lagi, "Nak tulis nama Safni ke, Chidori?"
I picked Chidori.

And so, inilah buku yang Chidori beli, Tak Bisa Memilihmu. *chiang!*

And that's all for this entry. Until we meet again~
Jaa neh, Minna san!
p/s bagusnya kalau Chidori dapat baca sebanyak buku yang ada dlm anime pic tuh. Owh yeah! Lepas aja balik dari PWTC, chidori melompat pula ke Kinokuniya di KLCC. Naik serabut kepala Onni tan bila Chidori heret dia ke kedai buku sepanjang hari.

1 comments:

Anonymous said...

wah,bestnye kan dpt g pesta buku..pinjam buku! ;)